Program Keusahawanan INTEL- Asas Keusahawanan
12 April 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan bersama komuniti Putrajaya. Program ini telah berlangsung pada 11 April 2015 di bilik latihan Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 3. Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta yang berumur 18 – 50 tahun. Kelas ini telah dikendalikan oleh Pengurus PI. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan tentang modul yang INTEL secara menyeluruh. Untuk peringkat pertama, peserta didedahkan dengan modul asas keusahawanan. Modul ini menyentuh tentang perbezaan menjadi usahawan dengan bekerja secara makan gaji serta kriteria- kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang usahawan. Setiap peserta dikehendaki untuk menjawab buku soalan asas keusahawanan yang telah disediakan di dalam fail INTEL.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: